Jom sambong tido!
Hahaha
^_~
p.s : ini adalah autopost!
Sunday, November 22, 2009
Saturday, November 21, 2009
The Notebook
Kisah cinta yang buat kau fikir
; Aku mahu itu!
Pebret quote aku dari movie ni ;
" Young Noah: So it's not gonna be easy. It's going to be really hard; we're gonna have to work at this everyday, but I want to do that because I want you. I want all of you, forever, everyday. You and me... everyday. "
Indahkan kalau dapat pasangan yang boleh terima kau seadanya.
Dan masih cintai kau walaupun kau dah tua dan nyanyuk
Aku mahu itu!
Lelaki ini aku sangat suka.
Kawen dengan aku sajalah. Boleh? :P
Friday, November 20, 2009
Buli Adek!
Kami sekeluarga pernah duduk di rumah yang bertingkat-tingkat.
Di suatu hari ketika aku baru pulang dari berpoya-poya...
Aku menghubungi telefon rumah dari pondok bodyguard.
"Jibah, turun jap. Tolong Aja angkat barang-barang. Banyak ni!"
Jibah yang hanya berusia 7 tahun bergegas turun mendapatkan ku.
*Agak terharu bile tengok die cepat-cepat sampi depan mata*
"Mana barang-barang nak angkat?"
Jibah tanya dengan nada kepelikan dan tak puas hati.
Aku tak mengendahkannya dan terus menarik tangannya naik lif.
Sebenarnya mase tu aku baru pulang dari tengok movie "The Eye".
Babak dalam lif tu buat aku takot nak naik lif sorang-sorang
sampai sekarang.
Kalau ade orang pun aku akan pastikan dia ade muka!
Huhuhu
P.S : Padahal kami tinggal di tingkat 1 sahaja :P
Thursday, November 19, 2009
Gara-gara ketagih Facebook!
Sejak Pengumuman tarikh ED dikeluarkan,
aku banyak berusaha keras menghabiskan tugasan aku di opis.
Mestila nak tunjuk aku ni rajin orangnya.
Tapi pagi itu, aku telah menerima sms dari kawan baikku, Lia.
"Farah, kau tengok Facebook sekarang!
Aku dah upload gambar kite berkaraoke hari itu"
Excited sungguh aku nak tengok gambar-gambar kami.
Aku toleh kanan...
Aku toleh kiri...
Bila aku pasti yang line clear, aku pon online facebook dengan henpon ku.
Maklumla, kat opis telah block semua jenis social networking macam facebook, friendster dan myspace.
Dengan khusuyuknya aku belek gambar-gambar tersebut.
Dan sempat juga update status aku di Facebook sehingga terlalai.
Tak semena-mena, bahu ku di tepuk.
Apabila aku pusing, kelihatan Puan Rohani memandang aku dan henpon ku.
Alamakkkk!!! Kantoi dengan Puan Rohani atau gelaran glamour Lady Boss.
"Kamu main facebook guna henpon! Sila ke bilik saya sekarang jugak!"
Kalau boleh scan jantong aku memang dah meletup mase tu.
Bunyi degupan kat jantong ni ley kalahkan bunyi jam kat dinding tu.
Memang aku panik! Muke aku pucat!
Macam2 hukuman yang bermain kat otak aku.
Aku melangkah longlai ke bilik Lady Boss.
Aku masuk dan terus berdiri dengan muka tertunduk.
Takot nak tengok wajah Lady Boss.
Puan Rohani memecah kesunyian "Kamu tahu kenapa saya panggil kamu ke bilik?"
Aku hanya mampu mengangguk lemah sambil tertunduk.
"Haa. Bagus. Nah, amik ni!"
Konpem dah Lady Boss bagi aku notis berhenti serta-merta.
Klo tak pon surat untuk aku dihadapkan kepada Big Boss!
Aku rasa nak nangis dah.
Namun, aku terkejut melihat Lady Boss menghulurkan henpon Nokia E86 miliknya.
Lady Boss pun sambong "Kamu tolong pasang Facebook kat henpon ni. Senang saya nak update Facebook nanti "
Adehhh~ Nak pengsan aku dibuatnya!
Wednesday, November 18, 2009
Bodek Bos!
tick tock tick tock.
Ok. Aku sedang menghitung hari sehingga ED.
ED ni Employee Dialogue. Kiranya cam sesi dialog atau luahan hati sepanjang tahun bekerja dengan bos masing-masing.
Puas dah aku google cara nak bodek bos.
Manetau nanti boleh la naik pangkat atau naik gaji kan.
Tapi google nasihatkan aku jadi gedik begini apabila berhadapan dengan bos;
Kene gelak walaupun lawak bos tak kelakar.
Aku dah le pakai tudung dan sopan-sopan orangnya.
Tak kan nak pakai skirt kot?
Atau alternatif lain adalah ini;
Since aku takde diary, aku tunjukkan blog ni je la. Bole?
Gilos hape. Sah-sah aku dah mengong arini.
Sile lempang!
Tuesday, November 17, 2009
Mak Monyet!
"Preeenngggggg!"
Bunyi pinggan pecah.
Siti segera berlari ke arah dapur dan melihat pinggan kesayangannya berkecai di lantai.
Anaknya Aiman yang hanya berusia 5 tahun sedang mengigil ketakutan.
Kali ni Siti tidak dapat menahan marahnya.
"Monyet betol laaa!!!!" teriak Siti sambil mencapai penyapu dan penyodok.
Anuar yang sejak tadi mengadap tv tibe-tibe memanggil isterinya.
Sebagai isteri yang patuh, Siti memberhentikan sapuan dan pergi ke sisi suaminya.
Dengan nada tenang Anuar bersuara tanpa mengalihkan pandangan dari tv
"Kalau Aiman tu Monyet, kamu ni Mak Monyet la ye?"
Aisehh... Sentappp Si Siti dibuatnye!



